6 Comments »
BUAT PEMINAT SETIAKU (^_^)v


Assalamualaikum... ahlan wasahlan aku ucapkan buat teman-teman di sana yang sentiasa mengunjungi rumah ku yang indah ni.. ngeeeh ngeeh. Smile. Aku tahu kamu merindukan aku di sini bukan? kalo bukan di sini,, disana? tak pun di situ.. ker di mana-mana.. Grinhahhaa... aku sungguh bahagia hari ini. kerana esok<26hb Sept 2008> merupakan tarikh kepulanganku ke pangkuan keluarga tercinta.. itupun kalo tidak ada aral melintang laa masa nak balik kampung esok.. kalo ada, jawapannya aku berumah di tepian kota la nampaknya.. ekekke... apapun.. korang suma doakan lah aku selamat sampai esok ok sebab perjalanan aku sungguhlah jauh. mana kena menyeberangi lautan china selatan dengan menaiki feri.. mana lagi kena menyeberangi gunung dan ganang.. yang memakan hampir selama 7 jam.. adoiiii...Sicktermuntah la aku jawapnya..

ermm. ndakpala.. bak kata pepatah, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" heheh.. bila dah sampai uma nanti aku nak makan makanan favorite aku iaitu "Burasak" mihahahHeart masak "Likku" whuaa.. cair aku ni.. huhuu... korang tau gak ker favorite makanan aku ni? ahaaks..

k lah, aku tak nak celoteh panjang kat sini, sebab aku tak packing lagi barang-barang aku untuk pulang esok ni. so, aku ambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf buat semua teman-teman blog aku. andai ada masa... korang datanglah berziarah ke blog aku ni.. aku dah hias dah cantik-cantik ni uma aku supaya korang boleh lepak giler-giler kat sini.ThumbsUp... asalkan jangan menjahanamkan uma aku dah lah... ngehhh ngeehh..

Wassalam (^_^)v

P/S KAD RAYA YANG KAT ATAS TU AKU TUJUKAN BUAT SUMA PEMINAT SETIAKU.
SILAH AMBIL DAN SIMPAN SEBAGAI KENANGAN DARI KU BUAT MU..

Continued PosTman..

4 Comments »

~Salam Aidilfitri~

Hai, haloo, namaaste, vanakem.. Gooooddd morning muhahahGrin.. merapuh jak aku ni...

Ochie doakan semoga peminat setia yang sentiasa menanti kedatangan ku di rumahku yang baru ini, terima kashi aku ucapkan. Memandangkan raya pun ndak lama lagi bakal menjelma dan Ramdhan seprti biasa akan berlalu pergi, aku ingin mengambil kesempatan dari kesempitan untuk memohon ampun dan maaf selama bersama dengan peminat2 di luar sana.. muhahah...

Lihat tak gambar kat Sebelah ni?
heheh ini ada lah pemberian hadiah berupa kad raya daripada orang kuat ku ZIQOIQA.
Ingat juga erk dorang kat dak comei ni..ahaks..
puji diri dlu..
Doaku semoga abg Aqiqa sentiasa dalam kebahagiaanNYA dan selamat sampai ke jinjang pelamin.. AMinnn


ochie minta maaf bang sebab x sempat nak wat kad raya utk abg n akak.. heheh nanti ada masa ochie postkan untuk aqi & Iqa >>>>>>>>>>>>>


>>>>>Mesranya Abg Aqi & kak Iqa..heheh<<<

Kad Raya seterunya dtg dr Kak NurShasHaHot

Cumelkan gambar/Kad Raya dari tuan punya badan ni.. heheh oaku sangat suka design dari kak Sha ni. sebab apa.. korang suma nengok.. dalam banyak-banyak smile tu tetiba muncul satu kepala. hahahah.. aku sungguh terkejut melihat ada wajah di sebalik imej tu. Tapi, heheh tahniah kak ada post raya tu kira hebat la uda dr ochie ni still tak ada lagi kad raya untuk suma peminat ku.. Crying...

Walaubagaimanapun, sebelum aku balik kampung pada 26hb Sept ni aku akan hantar juga post kad raya kat suma teman2 blog aku.. kerana korang aku still leh hidup ber BLOG ni.huhu..
k la ngantukkConfused nak titoo dlu... k.. kacipo nak beristirehat dahulu.
nikmati juadah yang ada dalam rumah ni k.ThumbsUp. hahah..

Ha.... yang kat bawah ni plak adalah kad raya pemberian dari madulebah.. hehe.. siap bg sekali dua tu.. ni yang terasa lagi macam di sayangi ni..ahaaks.. makasey abg maduHot.. jasamu tetap di kenang... kalau ada wet raya untuk ochie..jangan segan silu memberikannya kepada haku ni..muhahahhaSmile.. actually abg madu ni, aku kenal juga dari Scumz.net... biasalah aku ni kaki sb kat scumz torrent. tu pasal la banyak kenalan dekat scumz torrent.. aku dah anggap mereka itu sebagai family... hehhe,.. sebab dorang semua carrying sesangat. tu yang suka tu.. ahaaks... kompom kalo dorang terbaca ni mesti nak bagi kat aku wet raya ni..ngeee .ngeee... ok thanks ya abg madu...










ni plak kad raya dari Abg Max.. makasey bang maxx@ayuk.



ni plak kad Raya dari Yati.. alahai.. makasey erk yati.. mesti byk yati wat kue kan
leh la oci g blog yati mkn kue ni..huhu
ketupatnyer pun mesti byk kan.. dengan rendangnya.. dan pling best mesti wet raya yati banyak kan.. ngegege.. nak nak nak..huhu@love

Wassalam.. (^_^)v

#postmenn ke-2#

4 Comments »
~~KAD RAYAAAAA~~


salam kunjungan raya.. hehhe.. adeshh lamanya x update blog ni.. huhu
maafla.. wahai peminatku.. banyak urusan yang perlu di bereskan.. <-- Biasalah VVIP la katakan.. kalao x da sehari orang cari.. kompom bukan nama kacipo la aku ni.. ahaaks..

buka2 jak blog, ada uda aku dapat kad raya dr akak Yanie putrajaya.. whuaaa.. syoknya.. dapat kad raya ni.. huhu... dak glamour la katakan.. muhahah.. naik hidung ckit.. ahaaks...

Thanks kak Yanie.. hehhe..
ni yang makin suka ni duk sengal dengan kak yanie.. huhu
Gambar yang kat sebelah ni, adalah pemberian kad raya dr akak yania.. hehe cantik kan? secantik orangnya juga.. ... adeshh terpuji lak.... ni mesti dpt wet raya lg ni dr akak yani.. kikikikik....

Anyway.. thanks bebanyak la kak yani..
nanti ada masa ochie post kad raya utk akak dan suma peminat kaci d luar sana. hehhe.. kebusyan dan kesibukan melanda aku saat ni...


Ops.. hampir terlupa lak.. aku ada barang yang tertinggal nak d post kat cni.. heheh.. nak tau apa dia.. meh kita menyelongkar.. hiyaaaa.... (^_^)v <-- ni favorite aku ni... huhu duk selongkar2 ni.

<--- ha.. lihat tak gambar apa kat sbelah ni?
hahahha masa aku dapat hadiah dari kawan aku ni bernama Ahlami.. perghh aku sangka aku di alam realiti menengok sejumlah wang yang maha sangat cukup banyak.. aiyaaakkk...
waaa punya mata itu tala ada kelip oo... huhu

tapi, hakikatnya aku ada d alam cyber jaya. bukan d petaling jaya..tapi alam cyber... huhu
takper.. wet raya tu... sapa x hendak... ahaaks..

so, kalo peminat aku suma berminat menjadi rakan kongsi KA.CI.PO.. sila silalah beratur erk.. utk dptkn wet ni.. muhaaaahaha...

Adeshhh.. type punya type.. aku teringat lagi plak satu benda..(^_^)v assignment aku x siap g.. ahaaks.. so, nak chaw minum cincau dulu prennnzz..
ada masa aku upload kad raya utk peminat aku d luar sana... k... jgn susah ati k.
Ok la.. aku nak blah dlu ni.. jaga diri n camat raya n camat buka posa... camat berposa.. huhu

Wassalam (^_^)v~

postmennnn

7 Comments »
YEHAAAAA


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, masuk hari ini akutelah pun berjaya menunaikan posa. Tadi masa berbuka posa aku dapat berbuka dengan rakan-rakan yang jarang dah kami bersama. heheh.. thanks dayang, hakita, sedap tau makanan yang korang masa. macam nak tambah lagi nasi tadi. tapi agak agak la bah kan..huhu uma owang lak tu aku ni duduk.. eii peyut ni macam ndak kenyang lak terisi dengan makanan. nak kena sumbat dengan air baru ndak mengaum..hahahh

seronok tau dapat kumpul dengan akwan ramai-ramai ni. ada ada jak bincang maghrib nak d share. ahaaks. benda baru pun banyak gak belajar. thanks to de hakita.. cayala aku sama ko sis.. heheh.. tadi belek-belek kawan nya blog. aku terjumpa lak nama aku d satu blog kawan ni..
uikk upanya aku dapat hadiah erk daripada Kupu-kupu... hehe thanks pupu.. dapat lagi aku koleksi hadiah dari kawan-kawanyang sentiasa mengingati dak comel ni.. ahaaks.. comel kan kan kan.. haiiipp.. perasan lak..kuikukui.. tapi kalo korang nak tau kupu-kupu ni kenalan aku masa duk scumz torrent. sama la gak kenalan aku dengan DATO G. Tapi, Dato ntah kat na dah jarang dah dia online lepas balik dari egypt.windu lak nak dengar komentar dato G..sob.sob

Ok la tak nak celoteh panjang. Mari aku tunjukkan kat koranga hadiah yang aku dapat daripada kupu-kupu.. (^_^)v






So, oleh kerana hadiah ni d sarankan untuk aku memberikan kepada rakan-rakan blog yang aku berkenan ingin la aku menghadiahkan pula hadiah yang kat bawah ni buat mereka yang bertuah...


hadiah ni aku tujukan buat:@sinchan
1. kupu-kupu sebab sentiasa ingat kat kaci
2. pu3 ilya teman baru ochie yang best dengar lagu dia & ayat power dia.
3. Ratu salju suka duk d blog dia sebab sejuk...huhu ker mcm na
4. Sukatiku yang sempoi gila orang dia...ahaaks

ok tahniah kepada mereka yg telah berjaya mendapat award dari kaci.. huhuh.. dan terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog kaci. nanti kaci wat open blogger.hehhe..

Wassalam (^_^)v@nggaya







hemmmm

0 Comments »

~TINJAUAN~

Assalamualaikum..
Hari ni, aku tak bermaya sikit sebab aku rasa aku di serang selesema..
ntah apasal la ni virus virus tutt ni nak singgah kat aku.. aku kan dak bek..
eiii nasib badan betul la aku... tapi apapun, kesihatan kena jaga. memandangkan
mak abah aku tak da jaga aku kat cni. So aku kena pandai-pandaila jaga diri.
huhu..OK Bertekad Cemerlang Ochie..

Teruskan perjuanganmu dalam menyiapkan assignmentmu yang tengah melambak
macam gunung Kinabalu. sakit tu tidak mengapa, yang penting kena siapkan and
hari menjelang balik kampung dah nak dekat. so gambate ochie!!!!
U CAN DO IT or U NAK DUIT.. hahahha

adeshhh nak wet raye lak.. ermm sapa la ni erk bg aku nanti duit raya ni.
badan kecik mcm ni mesti owang bagi duit raya.kan kan kan.. hehhehe
tak sabar ni... gatal dah tangan ni.. maybe dah nak dapat wet raya dah kot..
Yehaaaaaaaa....


**Jalan jalan/ BerBuka Posa**

2 Comments »

~~BERBUKA POSA~~




Eeiii bestnya... dah dpt mkn ice cream.. nyam nyamm...
tau tak pasal apa aku tunjukkan gambar ni kat korang suma? huhuuhu@ayuk
Ini pasal kawan aku la sorang ni yang bernama "Matjet" dak scumz torrent yang asyik-asyik bagi nunjuk kat aku n member aku icon tengah makan icecream. @sombonghemmm sekarang ko dah lihat wahai matjet,, ngeee aku dah post teruih gambar aku dengan kitakk ni adalam blog aku yang kami pun boleh makan icecream dahhh...kalo bukan rakan aku HAKITA yang pelawa aku makan icecream ni mungkin aku dah kempunan la tak dpat makan icecream di bulan posa ni.



picture1: gambar kepuasan makan ice cream..yess yes yessssss

Ha ni plak gambar kat bwh (pict 2) tu my favorite food..ermm sekali rasa..kompom nak lagi. lagi..lagi adn terus lagi..whuaaaa
ni nama dia kuih lapis Saarawak.. tapi kawan aku kata nama kuih ni dia panggil kuih lapis jantung hati..hahaha macam na dia dapat terfikir nama kuih macam tu aku pun tak tahu.
tapi yang pastinya, kalo korang rasa kuih ni.. perghhh memang sedap.

ehem.ehem. nengok cara pembikinannya pun susah juga ooo..
huhu aku dah nengok gak cara dia wat.. waaaa.. susah, agak rumit dan leceh sikit la. Tapi kalo yang dah biasa buat tu bagi dorang..."macam makan kacang jak"hahaha..adesh.. lapoo lak sebut pasal makanan ni.. ermmm nak makan lagi la kuih lapis ni.. tapi payahnya nak jumpa.

picture 2: kuih kek lapis yang dah nak di habiskan oleh anggotaku(baigon) yang dah tak tahan nengok makanan. Almaklumlah nak berbuka posa la katakan.. jadi lapor benor la dia ni..huhu
tu pasal tangan pun terambil masa aku nak amik gambar ni.hehe



picture 3: Gambar aku berlatar belakangkan bangunan tertinggi IPTA huhu..

ahaa@sinchan.. aku suka tau duk bergambar kat sini sebab di sinila aku
belajar mengenal erti susah, payah, petir dan genih,.,. ahaaks.. macam na tu erk..
suatu masa nanti aku teringin untuk mengepost koleksi gambar aku sepanjang berada di Universiti ini.. wawaaa.. lagi berapa abulan jak lagi ni tinggal.
pastu aku chaww cincau.. wawawaa...

ok la.. nak blah dlu.. nak nangis ni.. ceedeyynyerr@nangis



(^_^)v Wassalam


** JUMPA LAGI!! **

7 Comments »
~~ASIGNMENT MENUNJUKKAN BELANG~~


Melihat perkiraan tarikh, masa waktu, detik, minit dan seangkatan dengan waktu.. menyedarkan aku dari mimpi yang panjang,pendek, lebar,leper, bulat..mereng.. bahawa aku sudah semakin dekat dengan penghantaran Assignmentku.Mampuilah aku kalo macam begini. Alamatnya aku kena bersengkang mata la ni dalam beberapa hari untuk menyiapkan tugasan yang di beri oleh my Lecturer. kalo tak siap alamat makananku last final ni lingkupla (xder rezeki la nak najah)..duk kat UMSKAL ni lagi jawapnnya.. huwaaaaaaa tidaaaakkkkk!!!!!




Takper, selagi belum sampai ke garisan penamat, selagi itu jari halusku yang runcing tahap ikan bilis ini akan terus menerjah tujahan keyboard laptopku demi untuk menyiapkan tugasan yang mula memakan diriku..wawawawa... nasib badan la nampaknya ni.


Nengok tak gambar kat atas ni? kalo korang x nengok pegi kedai ker.. hospital ker pergi check mata korang.. kompom banyak taik mata bersarang di dalam tu..ahhahh..

haippp!!!

adeshh jauh lagi lencong lak.hemm mata dah ngantuk ni.. tapi nak gak menaip. ermm luahan tekanan dalam badan ini perlu disemburkan agar tidak mengalirkan lava yang boleh memakan diri sendiri dan seangkatan dengan rakan-rakannyaa...hemm..assignment Financial Accounting, Fund Management, Risk Management..Security, Software,, bla bla manyaknya assignmentku perlu disiapkan..adeshhh mampuih la otakku ni kalo begini.. hehhe [tapi nasib la ada cengkerang keras dalam otak ni.. selamat lagi otakku ni erk.. ahaakssss].
ok la.. apapun, kena siapkan gak la assignment ni. kalo tak.. duk berkurung la d UMSKAL ni..
wawawa.. minta di jauhkan la... aminn..

ok la.. got to go sleep..ehemm my mata dah berat ni. mcm ada gajah dah duduk ni.ahaaks..
k la.. wassaalamm (@_@)v
Ochie_08lovely person

** ADESHHHHHH**

8 Comments »

~~Assalamualaikum wbt~~

sudah masuk hari ke18 kita menyambut bulan Ramdhan ni dan sudah masuk 3 minggu juga la cuaca di Labuan ni mendung dan kelam. kekadang Hujan, kekadang ribut, keakadang angin kuat.. tapi..Ya Allah..dahsyat juga cuacanya ni.. sampaikan kalo nak kuar uma kena pakai pemberat besi dekat kaki supaya tak diterbangkan dek angin yan kuat tu..hahhah kalo tidak, kompom..boleh di terbangkan kita oleh angin..hehehe.. x derla... gurau-gurau jak.. yang pastinya bulan ni bulan teengkujuh. so sebab tu la angin kuat dan laut bergelora. ikutkan hati macam takut jak nak balik kampung dengan menggunakan feri ekspress. yalah.. kalo laut dalam keadaan bergelora ni bahaya nak naik. sebab dulu, ada satu kemalangan pernah berlaku dimana feri ekspress yang di tumpangi oleh 33 orang penumpang telah karam di tengah lautan akibat pukulan ombak yang besar.. jadi fikir punya fikir.. punya fikir aku pun berfikir untuk kebaikan masa depan dan keselamatanku semasa berada di perantauan..huhu ya la kan duk di perantauanla katakan di sebuah pulau yang kecil plak tu semoga selamat kembali ke kampung halaman dengan selamat.aminnn..

Tapi, bila dah plan nak ganti feri ekspress ke feri Menumbok lak..feri yang mengalahkan bapa gajah..gajah..gajah.. datok moyang gajah..hahah besar la tu maksudnya... yang boleh muat untuk kereta dan lori.... ada plak satu masalah lagi timbul.... whuawawawa... aku tak dapat balik pada hari aku nak pulang iaitu tarikh 25hb sebab tiket masa 25hb dah habis stok... lebih2 lagi tiket utk bas ke kampung..sob.sob.. jadi jawapannya aku pun kena pulang la dalam 26hb sept. hemmm tapi tarikh ni baru tarikh keluar dari pulau Labuan mutiara. belum lagi sampai ke kampung Halamanku..tidakkkkkkkkk.. nak balik kampun awal-awal..hnss. tapi nak wat macam manaermm kena pulang juga.pedulik apa nak jadi..nak gak pulang ke kampung tapi maybe dalam 28hb.... wawaawa.. singkatnya bersama dengan mak abah nanti... tapi nak buat macam mana.. D>U>G>A>A>N...tapi tak kisahla itu semua. janji aku dapat berjumpa dengan my parents juga.. pd 28hb nanti. jadi, doakan jak aku berjaya n selamat sampai pegi dan balik ok.kalo ada apapa berlaku kat aku.hehheh... Nauzubiillah.. belum cukup lagi amalanku ni nak d bawa balik ke "sana"ish..ish..ish.. insaf aku... doa doakan jak la k...

adeshhhh pedihnya mata... ni gara-gara x dapat tido la ni semalaman. konon nak wat kerja assignment sambil-sambil menonton alarm story... tapi tup-tup lain jadinya. melayan sakan gitu nonton cerita tu. Best gak erk.hhuhuhu...aghhhhhh... ngantuk sangat dah. nak sambung tido la dlu.ok la..ckup sampai sini dlu. tilam kata mari uda tu...hahahha...
got to go.. arrios.. Wassalam

``(T_T)v... ochie_08``
2 Comments »
~salah kah aku??~


Assalamualaikum wb.t

Dalam beberapa hari ini, aku selalu dibayangi kekesalan, kekeliruan, kebuntuan dan kesakitan.
keluhan hati seorang insan yang sentiasa berada disampingku tiap waktu, tiap masa membuatkan hati kecilku merintih. Aku tahu dia menderita.. derita disebabkan sikap ku yang acuh dan tak acuh ni. keluhan itulah yang membuatkan aku merindui dirinya. aku tahu dia masih mengharapkan diriku agar dapat berada di sisinya kembali seperti dahulu dan sedia kala. Aku tahu dia merindukan diriku sebagaiman diriku yang pernah di kenalinya dahulu...
Maafkan daku.. maafkan insan kerdil ini.... aku tidak dapat menafsir diriku sendiri.. takut untuk meluahkan sesuatu yang bisa menyebabkan ramai insan terluka... tapi... tanpa disedari.. aku telah pun melakukan kesilapan itu. aku telah menyebabkan ramai insan yang tak berdosa mengalirkan airmata. kejamnya dirku ini.. aku cuba untuk membuat yang terbaik ... cuba untuk tidak ingin mengusutkan keadaan. tapi langkah yang di aturkan menyebabkan jerat mengenai batang hidungku sendiri... langkah yang di atur kemas akhirnya kecundang juga bersama harapan yang satu.

wahai insan yang mengerti diri ini. terima kasih diatas segala sesuatu yang telah kau berikan pada diriku ini. aku berterima kasih padamu kerana tanpamu aku takkan bisa setabah hari ini.
Aku mendoakan dirimu tabah menjalani sesuatu kehendakNYA.. biarlah jodoh yang telah di tetapkan dalam loh mahfuz itu menjadi titik noktah buat diri kita sama ada masing-masing dapat bersama atau sebaliknya. Doakan diri ini...

Wassalam (-_-)

** siapa dia? **

3 Comments »
~~Titipan~~

Penantian itu satu penyeksaan begitu bak kata pujangga seseorang yang bila kita sayangi meninggalkan kita yang masih lagi mencari-cari maksud pertemuan yang tak dirancang.
hari ini dalam jam 10 pagi begitu, dengan cuaca yang mendung dan angin yang kuat seolah-olah memahami diriku yang kesunyian
aku telah menerima satu meseg penting daripada seseorang..
walaupun ayat dia tu simple n biasa sahaja tapi aku merasakan sebak sesangat..
ntahlah, susah nak ungkapkan kata-kata itu
cukuplah Allah maha mengetahui akan hati hambanya ini.

Berat mata melihat berat lagi hati yang menanggung ini..
hanya doa sahaja yang ku dapat titipkan buat insan ini agar sentiasa berbahagia dan mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
mengenalinya adalah satu hadiah buatku..
mengenalinya juga memberikan inspirasi buat aku untuk terus berhadapan dengan ujian di dunia ini yang begitu penuh dengan cabaran dan dugaan..
mungkin jarak yang memisahkan kami dan sempadan besar yang merentangi kami
membuatkan kami terpaku dengan takdir yang telah tersurat
. ntahlah susah nak diungkapkan hati ini..
tapi.. bagiku.. itu semua bukan menjadi ukuran.
asalkan masing-masing mengingati sesama sendiri..

terima kasih buat Insan yang tidak bernama ini.
selagi hayat di kandung badan, selagi jantung terus berdegup
selagi itulah aku mendoakan agar kita dapat dipertemukan dalam satu perhimpunan yang damai.
terima kasih sesangat..terima kasih..


(-_-)Wassalam

** EII SYOKNYA**

2 Comments »
~~SATU PAGI DI HARI SABTU~~

Assalamualaikum w.b.t

adeshhhhhh peningnya kepala ari ni..tak tahan dengan exam yang berterusan hari ini. Dahla exam yang kena menghafal lak tu!!! hemmm.. alahai nasib.alahai badan.. bersabarlah erk. Kalo kuar nanti result harap-harapla gempaq..ahaaks.. bukan gempaq pasal result buruk..tapi harap-harap biarlah yang membanggakan..amiinn.. (^_^)v.

Oh ya, hampir ochie terlupa plak..huhu pada dua hari yang lepas ochie ada menerima hadiah dari seorang yang tidak dikenali, tapi cukup di sayangi..hahah.. macam mana tu erk..
Adesshh merepek jak ochie ni kan kan kan.. hehhe.. takper.. ubat sakit pala..ngee ngee
nak tau apa dia hadiah yang ochie maksudkan tu? jommm kita selongkarr.. (^_^)v

Tarrrrrrrraaaaaa!!!!!!


ngeeeee.... cantik tak hadiah ochie dapat ni... (^_^)v hehhe kalo nak tau hadiah ni adalah pemberian daripada tokkk..hehhe tokk bukan sembarangan tok tau tok ni ochie kenal masa duk Scumz Torrent
..
so, ochie ucapkan makaseyyyyyyyy la Dato G sebab sudi gak ingat dak nakal ni.. ngeee ngee
ok jomm jomm layannzzzz.. (^_^)v
hehhee.. 1st time ochie dpt hadiah ni dr tokk n ochie rasa semangat hendak meneruskan memblog ni..ekekeke...yerla..awal awal ingat saja nak wat saje jer..tapi lelama tu bila ada
kenalan kunjungi blog ochie rasa makin seronok plak. and then bila ada teman blog sudi bg ochie hadiah....whuaaaaa semangat ochie makin berkobar-kobar.. ngeeee..huhu
SO terima kasih la Dato G.. len kali bawala ole-ole untuk ochie sekali kalo nak bagi ochie hadiah g..muhehehhe..

Bila dah dapat hadiah ni..hemm hati pun mula la nak membalas balik hadiah yang x seberapa dari ochie. Antara pilihan hati ochie ialah :

Jeng jeng jengggggggggg !!!!


1. Dato G (yang rajin coment blog ochie makaseyyy)
2. MasterMAx@Abg Max ~~ yg rajin renovate blog ochie
4.Cakpong~ sebab rajin duk Shoutbox kaci
..5.E.I.S.R.A yang best baca blog dia masa lapang

So, Ochie harap hadiah ni korang suma simpan bek-bek tau..ekekke.. jangan lupa
bulan posa ni perbanyakkan amalan.. bukannya perbanyakkan makan..ehhehe


~~Wassalam (^_^)v ochie08~~
.






** (-_-) D.U.G.A.A.N **

2 Comments »
Assalamualaikum..

Buat teman setia blog ochie..ochie doakan semoga semuanya dalam keadaan sihat sahaja dalam bulan ramdhan yg mulia ini. jaga diri and jaga kesihatan tau. jangan sampai kita jatuh sakit plak dalam ramdhan ini.ermm nak sembang pasal apa erk... pejam celik-pejam celik dah masuk puasa yang ke 11 dah kita menunaikan posa kan.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi menyanyangi kita sebagai hambaNya untuk mengumpul pahala di bulan keberkatan ni... so, di kesempatan ini ochie harapkan agar semua teman-teman ochie jangan lah cuba nak escape ker tau nak malas-malas menunaikan ibadah kepadaNYA.. ini buat kebaikan teman-teman dan khususnya buat diri ini sendiri.huhu..

Actually, ochie hari ini moody sikit.. ermm yer la.. tak pasal-pasal.. masuk masuk midterm lambat plak tu..eiiiiiiii TENSION TENSION!!!.. ermm.. Ya ALLAH.. ampunkanlah dosa hambamu ni ya Allah.. entah apa lah yang ochie wat dosa sampaikan kejadian malang ni menimpa ochie. tapi nasib baik la juga ochie ni muhasabah diri jap.. tenangkan diri agar tidak kelam kabut.. nanti masuk dewan..satu ayat pun x bleh tulis.. adeiii... tidakkkkkkkk.....
ada jam pun tapi mcm tak berfungsi.. macam nak jer buang suma jam kat dalam bilik ni. dahla suma jam kat bilik ni ada 3 sumanya.. tapi hampeh tuii x leh pkai lak..sob..sob... sedey sedey ni..
nampaknya ochie kena beli jam loceng yang besar ni.. biar sekali bunyi alarm jak..hem pecah gegendang telinga ochie..ahak..hak... sob..sob... mak.. ayah.. whuaa.. cedeynya arini...
TAPI...nak salahkan jam loceng ochie.. tak bleh juga.. seba kan..hehhe ochie mcm sedar jg jam tu berbunyi tapi.. macam ndak pasti..berbunyi ker tu indak.ahaak..hak.. ni ngantuk betul arr tu sampai lupa lupa ingat dah..eiiiiiiiiiii malu malu malu....huhuh...



Apapun..D.U.G.A.A.N... (-_-) dalam diri kita mematangkan diri..,jadi pengajaran tu buat ochie..
Walaubagaimanapun..sesungguhnya Allah masih menyanyangi ochie..sebab walaupun ochie bangun lewat g dewan peksa.. tapi Allah masih beri kesempatan masa buat ochie untuk meduduki peksa.. syukur Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah...ya tuhanku...

p/s huhu nak kemas bilik..sebab td sebelum gerak g dewan peksa tak sempat nak kemas..ekeke
adehh malas lak nak kemas ni..huhu

Wassalam (^_^)v

** WAHAI SAUDARIKU **

0 Comments »

~~PERINGATAN BUATMU~~

"Saudariku...
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati..Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan dikalbumu selamanya. Jadikanlah pesanku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah...

Saudariku..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
kau umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi AWAS, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Saudariku..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentangilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki.. (-_-)..sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun, ingatlah saudariku.. sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting gadisku..engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqamah.

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentangimu.

Sesungguhnya.. Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu:
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita..."

Oleh itu saudariku..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyanyangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta. (-_-)..
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian kerana sebuah cinta.
Benarlah
Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membazirkan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNYA dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.
Dalam usiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,kecewa, menderita dan terseksa.Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."

"ANTARA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA<>

p/s Renungan buat diri ini juga sahabat sekalian.. (-_-)..
Hayatilah kata-kata ini..


(-_-)salam ukhwah..08

** BELIEVE IT OR NOT **

2 Comments »
_OTAK STUCK_


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat dan KeizinanNYA akhirnya dapat juga ochie berpuasa yang pertama dalam bulan Ramdhan yang mulia ini... Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya ochie dapat juga lagi menambahkan pahala di bulan mulia ini dengan menghadiri Tarawih...., semoga istiqamah dalam hati ochie ini akan berterusan lah sampai la duhujung Ramadhan..Amin.. <--minta-minta tiada lah aral buat ochie meneruskan ibadah kepadaNYA sampai lah kegarisan penamat...hehehe... paham-paham jak la...

DO YOU BELIEVE IF I SAY THERES HAVE A GHOST IN MY ROOM....????

ofhh... ini lah yang ochie nak ceritakan ni... ochie sendiri pun tak percaya macam mana kejadian ini boleh berlaku.dah la pada bulan Ramadhan plak tu..adeiii macam percaya n tak percaya juga..
Tapi, Hakikatnya..mahkluk ALLAH ini ada semalam dekat bilik ochie teman ochie chating dengan member-member Scumz..... whuaaa.. mak.. naakuttt... (-_-)..sobb.. Sob...
Tapi, apapun..walaupun ochie takut..ochie tak la juga duk berkepit tidoo dengan kawan.. ochie masih boleh bertahan lagi..tapi itulah..bertahan sampai tangan...kaki..bergegar tahap..ais..hahah.. bila ochie fikir memang lawak juga ochie masa itu... tapi.. ishh...sedar balik.. nakuuttt... dipendekkan cerita.. ochie tak titooo sampai lah ke pagi.. mata memang macam dah kerang busuk...dah..tapi.. bila belek lagi mata 2 4 kali.. bukan mcm kerang busuk dah..tapi kerang yang memang dah basi plak...ahak..hak..hak.. kesimpulannya... ochie x lah pegi Kelas EN Hazmi masa tu...huhihi..(^_^)v... ikutkan nak gak pegi..tapi... ermm x larat bangun..badan macam x der tulang jak..hahaha... macam kertas jak...ekekek....
erm k la.rasanya ckup sampai cni jak..ochie nak g tarawih dulu... apapa cerita yang menarik g ochie sambung.. salam...

~~(^_^)v 08.. Peace love HarmoNy.!~~

** SIOKNYA **

3 Comments »

~~ SALAM UKHWAH ~~

Bersamaan 07hb September 08, kitaorang bersama rakan-rakan lain planning nak wat berbuka posa dekat Pattani.. area kg Patau-patau.. dimulakan lah cerita.. Alkisah ochie yang bengap sangat ni tak tahu jam berapa lah.. nak kuar gerak ke lokasi tu..apalagi.. jjd..ochie pun g lah kol kat iffa nanya kol berpa nak gerak.. huhu sekali jak kol iffa dia kata gerak sekarang..adoiii matikk.. matik.. ochie punyalah gabra.. so..ochie pun jd kelam kabut arr pakai pakaian.. dah la x iron g baju.. mandi pun belum..ahakk..hak..hak... adoii malu malu malu... <--- (^_^)v... tapi x per...ada lagi yg lambat dari ochie..hakitaaa sannn..ekekkeke...

Posting ala-ala manja gitu ahaaks...hak...hak.. bersama member..

ni gambar kat atas ni, masa kitaorang dah lepas kerjakan normah..ekeke.. cian dia... habis muka dia kena tepek dgn bedak cap kek...huhuhuu..kasian der lohh..

Enam dara pingitan.. masih mencari??? ahaaks..

Ni lah member-member ochie kalo dekat kelas...heheh lawa tak kitaorang?? kikiki..ermm harap hubungan ini akan kekal berkekalan sampailah kita kuar suma k...<-- kuar dari Universiti la.. bukan kuar dari toilet.. (^_^)v..... adeii manisnya bila berkumpul bersama-sama member ni.. mula lah...gusi tak kering...asyik basah jak..huhuu...



nengok dak ni.. nakal kan.. adakah patut calit ochie punya muka dengan kek..adoii!! huhu



heheh..amacam gambar ni? comeii kan ochie dengan kitak... eekkeke.. KAMILAH WIRAWATI UMSKAL... ahaak..hak..hak.. <---- macam betul... ceceeece.. betul apa..
kalo tak caya.. korang anak luar pintu...:P..

















Adoii ni dak laki dekat bawah ni..gelarkan diri mereka.. "LAKSAMANA HAHIHU"
huhu macam-macam jak dak laki ni..hhuhuu.. nasib x jadi laksaman DO RE MI.. kalo tidak..tak taulah ochie...



wajah muslimah sejati.... amiinn.. (^_^)v...

Gambar ni kami tangkap curi masa waktu berbuka posa dah.. member dah baca doa berbuka..kami sempat g posing amik gambar..huhu.. adeiii nakal kan ochie... hasut kawan g tu amik gambar... nasib x kena tegur dak member..kalo tak... kompom... muka dah jadi 1 sen kot... hahahha... apapun... hormat gak bah.. ochie dengan jannah dah tadah tangan gak tu baca doa..huhu.. (^_^)v Alhamdulillah.. boka posa dah.. jom makan... hehe


muka blur ochie..huhu member tengah gembira nak berbuka..ochie ntah fikir apa.. lapooo..kot..huhu..

Gambar ini di ambil dengan berlatar belakangkan bazar dekat bandar Labuan.. huhu bau asap dah badan ni.. dengan bauan di sekeliling kitaorang tu..huhu...

Kesimpulannya: hari ini adalah hari kuarga buat ochie kerana kitaorang suma dapat berkumpul dalam satu majlis berbuka puasa. lain lagi dengan menyambut kelahiran normah.. membuatkan pengisian kitaorang hari ini cukup istimewa..huhu.. best n meriah gak... ekekkeke...
Terima kasih buat rakan-rakan suma... ingatlah... kenangan hari ini..akan menjadikan kenangan kita begitu istimewa di hari masa tua nanti..

I love u..guys.. (^_^)v