DIMANAKAH KITA???

0 Comments »



Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Kali ini hati aku tergerak untuk mencoretkan satu entry yang bertajuk Di manakah kita?
mungkin aku tidak pandai memulakan mukaddimah dalam penulisanku ini
kerana aku bukanlah pakar dalam bidang penulisan.. melainkan hanya seorang
insan yang mempunyai gerak hati untuk meluahkan rasa hati
terhadap situasi dunia yang melanda kita pada hari ini





Mungkin korang perasan isu hangat yang mula dibicarakan di dalam media massa
berkaitan isu keganasan Israel terhadap Rakyat palestin..
melihat akan keadaan ini, hatiku begitu tersentuh melihat saudara islam kita disana
sedang berada dalam ketakutan berkaitan pengeboman secara besar-besaran
terhadap penduduk palestin..
Apa yang membuatkan hatiku sedih apabila melihat Kanak-kanak
yang tidak berdosa menjadi mangsa di atas kekejaman Israel






benarlah kata rakan blogku "Mijie".. DIMANAKAH KITA tika ini ..

Ketika kita sedang gembira menyambut tahun baru... rupanya ada saudara kita disana
yang ketakutan melalui kehidupan di tanah air sendiri..
Ketika kita sedang kekenyangan.. Saudara kita di sana pula tidak lalu makan..
Ketika kita masih terlena diulit mimpi.. saudara islam kita disana pula tidur dalam ketakutan..
Tika dan saat ini mereka terus berjuang mempertahankan tanah air mereka
demi meneruskan hidup..
dan kita.. ????






اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ... يَا اللهُ... اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب... اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَى قوم الكافرين


Ya Allah.. Sesungguhnya kami meletakkan kekuasaanMu di batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung kepadaMu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka dan pecah belahkanlah di antara sesama mereka..Kacau bilaukanlah kesatuan mereka dan Engkau goncangkanlah pendirian mereka.
Ya Allah, Engkau hantarkanlah bala tenteraMu kepada mereka. Wahai Tuhan yang memiliki segala kekuasaan, Wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Perkasa, Wahai Tuhan yang Maha Pemurka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Tuhan yang menurunkan kitab, Tuhan yang mengerakkan awan, Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab..Kalahkan mereka ya Allah, kalahkan mereka ya Allah, kalahkan mereka..Dan menangkanlah kami ke atas orang-orang kafir..





Salam Perjuangan Palsetine..



0 Responses to "DIMANAKAH KITA???"

Post a Comment