Amalan seharian

4 Comments »


Tetiba aku terfikir untuk menyajikan anda dengan satu info yang berguna buat kaum Hawa tentang amalan yang sesuai kita gunakan dalam kehidupan pada masa kini. Sering kali kita mendegar tentang isu rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan sering terdengar di corong radio.. majalah, surat khabar dan mungkin lagi lebih dahsyat berlaku dalam kawasan kita..menjadi topik hangat untuk diperbualkan.. dalam kesempatan ini..aku suka sangat untuk bekongsi kepada semua teman hawa mengenai satu doa atau amalan yang elok kita praktikkan tika waktu tertentu bagi mengelakkan diri dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kemudaratan


Moga DiPelihara..

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :
"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya."

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"

( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam.. sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Wallahu'lam..

p/s- Renungan dan peringatan buat diriku dan juga para muslimat..

4 Responses to "Amalan seharian"

Ibnurashidi Says :
November 1, 2008 at 9:51 PM

Sebab itulah dalam sesuatu perkara..hendaklah dimulakan dengan usaha + doa..kemudian doa + tawakkal..baru menjadi..

Kalau asyik menyalahkan lelaki rogol tetapi dia sendiri 'bertelanjang' jadi takda makna la pulak..tak gitu?

~ochie~ (^_^)v Says :
November 1, 2008 at 10:30 PM

Ibnurashidi>>>

ya..terimakasih kerana mengingatkan.. betul juga ckp ibnu tu..

e.i.s.r.a.a Says :
November 3, 2008 at 4:08 AM

salam zulkaedah.
yang 1st tu selalulah baca. thanks for reminding the muslimah.
=)

~ochie~ (^_^)v Says :
November 3, 2008 at 11:39 AM

salam Zulkaedah..

ok bah kalo ko anis.. ahaks...

Post a Comment