Allah S.W.T telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dari-Ku, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dari-Ku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirah-Ku sebanyak seisi dunia”.