** WAHAI SAUDARIKU **

0 Comments »

~~PERINGATAN BUATMU~~

"Saudariku...
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati..Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan dikalbumu selamanya. Jadikanlah pesanku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah...

Saudariku..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
kau umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi AWAS, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Saudariku..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentangilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki.. (-_-)..sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun, ingatlah saudariku.. sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting gadisku..engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqamah.

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentangimu.

Sesungguhnya.. Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu:
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita..."

Oleh itu saudariku..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyanyangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta. (-_-)..
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian kerana sebuah cinta.
Benarlah
Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membazirkan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNYA dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.
Dalam usiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,kecewa, menderita dan terseksa.Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."

"ANTARA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA<>

p/s Renungan buat diri ini juga sahabat sekalian.. (-_-)..
Hayatilah kata-kata ini..


(-_-)salam ukhwah..08

0 Responses to "** WAHAI SAUDARIKU **"

Post a Comment